Produk Sarawak adalah keluaran yang asli yang dikeluarkan dan diperbuat oleh penduduk tempatan. Pada masa dulu, produk ini tidak dikomersialkan seperti pada hari ini. Namun begitu, atas usaha semua pihak yang melihat produk ini sebagai identity Sarawak dan keunikannya, maka ia dikomersialkan untuk dipasarkan ke seluruh Negara.
Saya percaya produk Sarawak mempunyai tempat di hati masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bukan sahaja kepada penduduk Sarawak malah seluruh Negara dan mungkin di luar Negara.
Antara produk Sarawak yang terkenal adalah Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubok Masin Sarawak, Tebaloi, Sagu, Sos Lada Hitam, Lada Hitam dan Putih, Kerepek Pisang Manis, Kerepek Keladi, Kuih cincin, Perencah Laksa Sarawak, kraftangan Sarawak dan lain lain lagi.
Saya mengharapkan dengan adanya blog saudagar-on-line ini akan memberi peluang saudara/I menikmati keaslian produk tempatan pribumi Sarawak dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua rakyat, dan insyAllah, anda akan mendapati harganya berbaloi serta kualiti yang terjamin.
Setakat ini, blog ini akan menawarkan 10 produk Sarawak yang ‘best’ dan ‘nyaman’(sedap) untuk anda sekeluarga.
Wassalam,
Bahtiar Mahidin
Pengurus Blog saudagar-on-line.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment