Friday, October 30, 2009

LADA HITAM (BLACK PEPPER)



Produk ini tidak perlu saya ceritakan panjang lebar. Ini adalah lada hitam dan ada juga lada putih dalam bentuk yg sama. Sesuai dimasukkan di dalam masakan ataupun dicampur dengan burger yang anda masa sendiri di rumah.

Harganya RM 29.00 sebotol (harga termasuk kos penghantaran)

PERENCAH LAKSA SARAWAK



Jika anda pernah datang ke Sarawak terutamanya di Kuching, anda jangan sesekali terlepas makan Laksa Sarawak. Laksa Sarawak merupakan antara makanan yang popular di Sarawak. Sekarang, bagi mereka yang meridui laksa Sarawak, anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Perencah Laksa ini didatangkan sekali dengan resepi Laksa Sarawak, yg boleh didapati bersama perencah ini (ditampal di belakang perencah).

Anda pasti tidak menyesal.

Harganya cuma RM6.00 (termasuk kos penghantaran) dan seberat 200g sepaket.

KUIH CINCIN



Kuih cincin nama diberi. Ini adalah makanan tradisional turun menurun yang dihasilkan penduduk tempatan di sekitar Kuching, Limbang dan Miri. Keunikannya pada rasa dan buatannya. Kerangupan dan rasa lemak manisnya membuatnya sangat popular dan digemari penduduk setempat. Boleh di makan di mana sahaja dan sebagai ole ole dari Bumi Kenyalang.

Satu kotak mempunyai 8 biji dan berharga RM 5.00 sahaja (termasuk kos penghantaran)

TEBALOI


Ini adalah Tebaloi Sarawak, tebaloi merupakan campuran sagu yang diadun menjadi kepingan. Tebaloi sesuai dimakan sambil meminum kopi panas di petang hari. Anda pasti merasai keasliannya!

Setiap 100 gram tebaloi, anda dibekalkan tenaga sebanyak 477.8 kcal, Protien 7.67 g, karbohidrat 64.07 g dan lemak cuma 21.18 g.

Satu kotak beratnya 130 gram dengan kadar harga RM 5.00 sahaja (termasuk kos penghantaran)


KEREPEK KELADI


NAMA : KEREPEK KELADI

harga RM 5.00

KEREPEK PISANG MANIS




Kerepek pisang berperisa susu ini sedap dimakan sambil menonton cerita Nur Kasih, di TV3. Rasa manisnya tidak lah semanis gula, ia seakan akan rasa yang penuh enak ketika mengunyahnya. Pasti anda rasa nak lagi.

Kerepek ini bukan sekadar kerepek, ia membekalkan 481 kcal, 68.2 g karbohidrat, 3.9 g Protein dan 20.9 g Lemak.

Harganya cuma RM 5.00

Thursday, October 29, 2009

PRODUK SARAWAK


Produk Sarawak adalah keluaran yang asli yang dikeluarkan dan diperbuat oleh penduduk tempatan. Pada masa dulu, produk ini tidak dikomersialkan seperti pada hari ini. Namun begitu, atas usaha semua pihak yang melihat produk ini sebagai identity Sarawak dan keunikannya, maka ia dikomersialkan untuk dipasarkan ke seluruh Negara.

Saya percaya produk Sarawak mempunyai tempat di hati masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bukan sahaja kepada penduduk Sarawak malah seluruh Negara dan mungkin di luar Negara.

Antara produk Sarawak yang terkenal adalah Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubok Masin Sarawak, Tebaloi, Sagu, Sos Lada Hitam, Lada Hitam dan Putih, Kerepek Pisang Manis, Kerepek Keladi, Kuih cincin, Perencah Laksa Sarawak, kraftangan Sarawak dan lain lain lagi.

Saya mengharapkan dengan adanya blog saudagar-on-line ini akan memberi peluang saudara/I menikmati keaslian produk tempatan pribumi Sarawak dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua rakyat, dan insyAllah, anda akan mendapati harganya berbaloi serta kualiti yang terjamin.

Setakat ini, blog ini akan menawarkan 10 produk Sarawak yang ‘best’ dan ‘nyaman’(sedap) untuk anda sekeluarga.

"Nang Nyaman"

Wassalam,

Bahtiar Mahidin

Pengurus Blog saudagar-on-line.blogspot.com

Tuesday, October 20, 2009

Hubungi Saya?



Alamat Kediaman : Lot 6, Saujana Indah Park, Matang, 93050 Kuching, Sarawak

No Tel : 016-8876704 / 019-8867561
e-mail : bahtiarmahidin@gmail.com (untuk order on line)
e-mail : bahtiarmahidin@yahoo.com (YM sahaja & pertanyaan online sahaja)


BLOG APA NE?


Tahniah, anda telah mengunjungi blog interaktif abad ini. Blog ini menawarkan sesuatu yang unik, sensasi dan versatile sepanjang zaman untuk dipamerkan dan didagangkan pada harga yang berpatutan.

Anda akan dapati blog ini menjual apa yang tidak terlintas di fikiran anda ataupun saya. Ia adalah gabungan idea moden dan tradisional.

Walaupun begitu, kami amat mementingkan nilai kejujuran dan amanah antara pedagang dan pembeli.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger