
Produk Sarawak adalah keluaran yang asli yang dikeluarkan dan diperbuat oleh penduduk tempatan. Pada masa dulu, produk ini tidak dikomersialkan seperti pada hari ini. Namun begitu, atas usaha semua pihak yang melihat produk ini sebagai identity Sarawak dan keunikannya, maka ia dikomersialkan untuk dipasarkan ke seluruh Negara. Saya percaya produk Sarawak mempunyai tempat di hati masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bukan sahaja kepada penduduk Sarawak malah seluruh Negara dan mungkin di luar Negara. Antara produk Sarawak yang terkenal adalah Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubok Masin Sarawak, Tebaloi, Sagu, Sos Lada Hitam, Lada Hitam dan...